RPK pembohong, kata Dr M mengenai dakwaan siasatan terowong

RPK pembohong, kata Dr M mengenai dakwaan siasatan terowong

Perdana menteri menjawab dakwaan-dakwaan dalam artikel yang diterbitkan Raja Petra Kamarudin.

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad hari ini menepis dakwaan beberapa exco Pulau Pinang terbabit dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Raja Petra Kamarudin pembohong. Dia selalu berbohong dan kamu masih lagi mahu mempercayainya,” katanya kepada pemberita sebelum beredar.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Kempen Pemilikan Rumah 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Raja Petra baru-baru ini menerbitkan beberapa artikel mengenai kertas siasatan SPRM ke atas terowong dan projek jalanraya berkaitan, dianggarkan RM6.3 bilion.

Beberapa exco Pulau Pinang dinamakan dalam dokumen-dokumen itu, menurut artikel-artikel itu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam berkata dia akan menjawab dakwaan-dakwaan itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mahathir semasa berucap di majlis Kempen Pemilikan Rumah berkata, harga rumah mampu milik secaea dasarnya harus berada bawah RM300,000 seunit.

Perdana menteri berkata kerajaan komited memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi dan berkualiti walaupun berdepan cabaran menyediakan seberapa banyak rumah mampu milik.

“Tiada makna bagi sesebuah negara mencapai kemajuan tetapi rakyatnya tinggal di rumah yang daif dan tidak menepati piawaian minimum perumahan,” katanya.

Mahathir berkata kerajaan dengan kerjasama swasta perlu menyediakan rumah yang secukupnya sama ada untuk dibeli atau disewa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.