Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS

Sentimen lebih baik kepada ringgit disokong oleh harga minyak lebih stabil.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi dagangan pagi ini didorong permintaan lebih baik bagi mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0720/0770 berbanding 4.0870/0900 pada Jumaat lepas.

Peniaga berkata, sentimen itu turut disokong oleh harga minyak stabil, walaupun di sebalik kebimbangan dengan ketidaktentuan politik dalam pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

“Laporan Trecent menyatakan China mengemukakan cadangan dramatik untuk menangani isu penting perdagangan tidak seimbang. Ini akan menghapuskan keseluruhan lebihan perdagangan 2 hala dengan Amerika dalam 6 tahun,” katanya.

Harga minyak mentah Brent berada pada AS$66.48 setong.

Berbanding dengan kebanyakan mata wang utama yang lain, ringgit diniagakan lebih tinggi.

Mata wang tempatan menyusut berbanding pound British kepada 5.2570/2638 daripada 5.2354/2409 semasa ditutup pada Jumaat.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0032/0073 daripada 3.0082/0116, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6837/6893 daripada 3.7013/7050 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6046/6107 daripada 4.6110/6152.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.