Menjamah makanan eksotik memerlukan sejenis keberanian kerana kebanyakan hidangan ini bukan sahaja pelik tetapi menggelikan.

Berbeza di Kemboja apabila 2 gadis muda memuatnaik video yang menunjukkan cara memasak labah-labah berbahaya, spesies tarantula untuk dijadikan kudapan.
Video yang dimuat naik oleh mereka di laman Youtube, Natural Life TV mendapat pelbagai reaksi dengan tontonan lebih 65,000 kali.
Dalam video berkenaan, kedua-dua wanita yang tidak dinamakan itu menunjukkan cara memasak tarantula yang didakwanya tidak berbahaya kepada manusia.

Sebelum memasak, mereka juga menyiram air garam di dalam bekas yang dipenuhi labah-labah berkenaan.

Netizen yang menonton video itu menunjukkan minat untuk mencubanya di samping ada yang mendakwa hidangan labah-labah itu menyerupai rasa hidangan ketam.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]