Ikea tawar program sewa perabot tapi hanya di Sweden

Ikea tawar program sewa perabot tapi hanya di Sweden

Penyewa boleh membawa pulang perabot yang mereka minati untuk tempoh tertentu dan menghantar semula selepas habis tempoh.

Ikea, syarikat pemborong perabot dari Sweden acapkali menjadi sebutan kerana konsep peruncitannya dan reka bentuknya perobot yang lain daripada lain.

Terbaru, syarikat perabot gergasi bukan sahaja mengehadkan penjualan perabot malah merancang mengembangkan lagi perolehan syarikat menerusi program sewaan perabot.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dalaman Ikea, Torbjörn Lööf berkata, untuk peringkat permulaan program sewaan perabot hanya dilaksanakan di ibu pejabat Ikea di Sweden bagi memudahkan pemantauan.

Memetik laman domino.com, eksperimen tersebut dimulakan dengan sewaan meja dan kerusi di mana penyewa boleh membawa pulang perabot yang mereka minati untuk tempoh tertentu dan menghantar semula selepas habis tempoh.

Jelasnya lagi, program penyewaan perabot itu akan membantu guna semula komponen perabot terpakai selain mencipta perabot baharu sekali gus boleh mengurangkan pembuangan perabot terpakai.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.