
Lim berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, walaupun Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
“Ini sesuatu yang saya tidak tahu langsung. Ini tidak diluluskan oleh MOF (Kementerian Kewangan). Ini diluluskan sendiri oleh Totalisator Board.
“Sumbernya bukan daripada MOF. Sumbernya datang daripada Da Ma Cai, sebuah syarikat nombor ramalan. Jadi, dia tak dapat 1 sen, 1 kupang daripada kami,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari ini.
Delegasi itu dilaporkan ke Turki untuk mempelajari dasar perjudian dalam talian.
Semalam, Sarawak Report menyiarkan gambar Fuzi dan beberapa pegawai kanan polis menyertai rombongan itu.
Menurut laporan itu, 16 pegawai kanan menyertai lawatan kerja itu yang menelan belanja lebih RM300,000 untuk menaiki penerbangan kelas perniagaan dan penginapan di hotel 5 bintang.