
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata Jumaat, pertemuan beliau dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un bulan ini akan diadakan di Hanoi, Vietnam.
“Wakil saya baru kembali dari Korea Utara selepas mengadakan mesyuarat yang produktif dan bersetuju dengan masa serta tarikh sidang puncak kedua dengan Kim Jong Un. Ia akan diadakan di Hanoi, Vietnam pada 27 dan 28 Feb ini,” kata Trump di Twitter.
“Saya gembira akan bertemu Pengerusi Kim bagi memajukan misi perdamaian,” katanya.