
Buat peminat aktiviti kecergasan dan sukan yang mahu menikmati dunia bunyi bersendirian, Apple kini ada produk yang sesuai untuk anda.
Fon kepala Beats Studio3 tanpa wayar yang terbaru keluaran Apple menyerlahkan gabungan ketulenan bunyi, reka bentuk, kompak dan paling utama memberi keselesaan kepada pengguna.
Memetik appleinsider.com, model terbaru ini diilhamkan oleh pemain bola sepak Brazil, Neymar Jr dan corak pada fon kepala ini menampilkan graffiti dari jalanan Sao Paulo.
Di bahagian luar pula fon kepala itu diilhamkan oleh tatu “Shhh” Neymar, yang mempunyai ciri yang sama seperti fon kepala Studio3 di mana ia mempunyai “Pure Adaptive Noise Cancelling” dan cip W1 Apple tanpa wayar.

Pengeluaran fon kepala Beats Studio3 tanpa wayar ini masih belum mempunyai tarikh yang sesuai untuk dilancarkan.
Namun dipercayai akan dijual di pasaran dengan harga RM1, 427. Bagi peminat Apple jangan lupa dapatkan koleksi terbaru ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]