Gucci lancar gelang resin bermotif naga

Gucci lancar gelang resin bermotif naga

Jenama Gucci memperkenalkan koleksi terbaru iaitu gelang resin dengan corak dan warna yang bersesuaian dengan musim tersebut.

Wanita dan perhiasan pasti tidak boleh dipisahkan, setiap bulan pasti ada peruntukan khas untuk membeli barangan tersebut.

Jenama terkemuka Gucci, baru-baru ini memperkenalkan koleksi gelang resin dengan corak bermotifkan naga dan warna yang bersesuaian dengan musim tersebut.

Didatangkan dengan 2 warna iaitu merah dan hijau, membuatkan si pemakai pasti tampil cantik dan moden.

Lebih menarik koleksi terbaharu kelihatan lebih fancy berbanding koleksi terdahulu.

Gelang tersebut diukir dengan corak naga yang timbul di atas keseluruhan gelung gelang tersebut.

Mungkin bersesuaian dengan Tahun Baru Cina, ia dilihat sangat sinonim dengan naga dan ular.

Gelang bernilai RM1,426 ini sesuai untuk wanita pertengahan umur namun tidak salah digayakan kepada muda belia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.