Teh hijau tidak cukup mujarab untuk kurangkan berat badan?

Teh hijau tidak cukup mujarab untuk kurangkan berat badan?

Menurutnya, hasil keputusan sistematik review mendapati daripada 1,030 responden yang mengambil teh hijau, pengurangan berat badan hanya 0.2kg sahaja dalam tempoh 3 bulan.

Apabila membincangkan mengenai isu menurunkan berat badan, ramai yang menganggap pengambilan teh hijau boleh membantu dalam usaha tersebut.

Persoalannya, mana mungkin teh hijau boleh kuruskan badan tanpa menjaga pemakanan dan senaman.

Perkara tersebut didedahkan Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Dr. Rafidah Abdullah dalam laman sosial, Twitternya.

“Kalau ada pun terlalu sedikit jadi tak payah buang duit, lebih baik pakai kasut pergi jalan-jalan, riadah di luar rumah.

Rafidah Abdullah.

“Tak payahlah nak risikokan nyawa mengambil produk yang tidak ada kesan pun. Takkan dah menelan makanan sedap lebih 20 tahun, nak kurus dalam seminggu? Lemak pun dah tepu dah,” ujarnya dalam muatnaik tersebut.

Dalam penerangan tersebut, Dr. Rafidah sertakan kajian yang dikeluarkan oleh Cochrane Review, kajian yang menggabungkan kesemua kajian yang ada, menganalisa setiap satu terutamanya kualiti setiap kajian.

Menurutnya, hasil keputusan sistematik review mendapati daripada 1,030 responden yang mengambil teh hijau, pengurangan berat badan untuk tempoh 3 bulan dicatat hanya 0.2kg sahaja.

Lebih mengejutkan tiada yang berjaya menurunkan badan sebanyak 10kg dalam tempoh seminggu seperti yang diuar-uarkan segelintir pihak.

Jadi, mana-mana jurujual yang ‘mengaku’ mampu kurangkan sehingga 10kg seminggu itu adalah menipu, tegasnya.

“Tidak ada teh hijau atau apa-apa produk yang boleh ada kesan begitu kecuali ada bahan lain yang di campur bersamanya. Bahan yang selalu di campur (terutamanya dalam produk) untuk mendapat kesan kurus cepat adalah sibutramine, sejenis bahan untuk menguruskan badan,” tegasnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.