India sasar pelaburan Algeria dalam sektor tenaga

India sasar pelaburan Algeria dalam sektor tenaga

Menurut Presiden India, Ram Nath berkata, Algeria wajar membuat pelaburan dalam kilang penapis, saluran paip dan infrastruktur tenaga di negara itu.

India dan Algeria turut membincangkan isu pertahanan dan keselamatan, kerjasama angkasa, usaha pencegahan rasuah dan pendidikan.
NEW DELHI:
India berharap mendapatkan pelaburan Algeria dalam sektor tenaga, khususnya segmen berkaitan simpanan minyak negara itu.

Hasrat India itu disuarakan oleh Presiden India, Ram Nath Kovind sewaktu menerima kunjungan Menteri Luar Algeria, Abdelkader Messahel pada Khamis.

Menurut Ram Nath, Algeria wajar membuat pelaburan itu memandangkan banyak negara Arab yang memilih untuk melabur dalam kilang penapis, saluran paip dan infrastruktur tenaga di India.

“Algeria merupakan pengeksport gas ke-6 terbesar dan pengeluar produk petroleum ke-13 terbesar (dunia). Oleh itu ia perlu menimbangkan pelaburan serupa, terutama dalam (segmen) simpanan minyak, kilang penapisan dan terminal gas asli cecair di India.

“Pelaburan sedemikian akan saling menguntungkan kedua-dua pihak,” kata satu kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Presiden di sini, hari ini.

Selain itu, pada hari sama, Abdelkader turut mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari India, Sushma Swaraj mengenai usaha memperkukuh hubungan 2 hala yang sedia ada.

Menurut kenyataan Kementerian Luar India, isu lain yang turut dibincangkan, termasuk aspek pertahanan dan keselamatan, kerjasama angkasa, usaha pencegahan rasuah dan pendidikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.