
Suruhanjaya sebelum ini dilapor menyiasat Deloitte dan satu lagi firma audit antarabangsa untuk memastikan sama ada mereka membantu atau bersubahat dalam skandal 1MDB atau cuai.
Menurut laporan Edge Market, Deloitte dilantik untuk menandatangani akaun 1MDB pada 2013 dan 2014 selepas satu lgi firma audit antarabangsa itu ditamatkan kerana meminta maklumat lanjut mengenai aset 1MDB.
Deloitte menamatkan khidmatnya selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfaikan tuntutan undang-undang untuk mendapatkan kembali aset-aset yang didakwa diperoleh dengan dana 1MDB yang digelapkan.
Deloitte dilapor berkata laporan auditnya tidak lagi boleh dijadikan sandaran.