Anggap lelaki pukul wanita, Asri kritik ‘maknyah’ bergaduh di pasar raya

Anggap lelaki pukul wanita, Asri kritik ‘maknyah’ bergaduh di pasar raya

Mufti Perlis mengulas rakaman video menunjukkan seorang maknyah menyerang wanita yang juga perunding kecantikan di sebuah farmasi di Kuala Lumpur.

Video yang tular menunjukkan maknyah (baju krim) sedang memarahi dan menampar wanita yang juga perunding kecantikan di sebuah farmasi. (Gambar Video)
PETALING JAYA:
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik tindakan seorang ‘maknyah’ memukul wanita dalam satu pergaduhan di sebuah pusat membeli belah, mengatakan insiden itu dianggap sebagai lelaki memukul wanita.

“Hanya 2 jantina yang diiktiraf. Tiada yang ke-3. Agama mengharamkan jantina bidaah yang dinamakan ‘maknyah’ atau ‘saudarai’ atau apa sahaja namanya,” tulisnya di Facebook.

Asri berkata jika golongan maknyah ini dibenarkan berleluasa, maka makin ramai lelaki yang mengambil kesempatan menzalimi wanita.

“Masyarakat pula tidak akan sensitif apabila melihat maknyah menzalimi wanita seperti sensitifnya mereka melihat lelaki memukul wanita.

Asri Zainul Abidin berkata jika golongan maknyah dibenarkan berleluasa, makin ramai lelaki yang mengambil kesempatan menzalimi wanita.

“Masyarakat hanya akan kata ‘maknyah’ pukul perempuan. Padahal hakikatnya lelaki memukul perempuan,” katanya, sambil menambah banyak hak wanita akan diceroboh jika golongan tersebut tidak ditangani.

Sebelum ini, satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang maknyah menyerang wanita yang juga perunding kecantikan di sebuah farmasi di pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Menerusi klip video berdurasi seminit itu, kelihatan mangsa ditarik keluar dari farmasi berkenaan oleh seorang maknyah. Mangsa ditampar dan dipukul berulang-kali sehingga mencetuskan pergelutan antara mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.