Ketahui hak anda sekiranya ditahan polis

Ketahui hak anda sekiranya ditahan polis

Anda perlu berikan maklumat diri seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat tapi anda tidak perlu menjawab soalan lain sebaliknya tanya kepada polis kesilapan yang anda lakukan.

Pernahkah anda ditahan oleh seseorang individu yang mengaku anggota polis, mesti berdebarkan?

Jika betul anda melakukan kesalahan memang patut ditahan tetapi bagaimana jika anda sendiri langsung tidak tahu kesalahan yang dilakukan.

Sebagai orang awam anda perlu tahu hak sebagai orang awam apabila ditahan polis dan jangan terlalu mudah untuk menyerah diri dan memberikan maklumat. Ini kerana baru-baru ini banyak kes polis palsu atau ditipu individu bukan polis tetapi berpakaian seperti pihak berkuasa tular.

1. Minta bukti sebagai anggota polis

Jika individu berkenaan tidak memakai pakaian seragam anda layak untuk meminta mereka menunjukkan pengenalan diri dan kad kuasa.
Perhatikan kad kuasa yang dimiliki kerana melambangkang pangkat bagi seseorang anggota berkenaan.

Biru : Berpangkat Inspektor
Kuning: Inspektor ke bawah
Putih: Anggota simpanan
Merah: Anggota yang telah digantung, beliau tiada kuasa untuk menahan orang awam.

2. Sekiranya ditahan

Anda perlu memberikan maklumat diri seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat tapi anda tidak perlu menjawab soalan lain sebaliknya tanya kepada polis kesilapan yang anda lakukan sehingga boleh ditahan pihak berkuasa.

Catat nombor kenderaan ronda mereka gunakan bagi memudahkan urusan lanjut.

3. Jika ditanya soalan lain

Tanya kepada polis berkenaan adakah anda ditahan sekiranya ya, jangan menjawab soalan yang diajukan adalah menjadi hak anda untuk menjawab ketika di mahkamah sahaja.

4. Hubungi keluarga terdekat

Jika ditahan, anda berhak menghubungi orang paling dekat iaitu ibu bapa atau suami. Jika anda memiliki peguam sendiri, hubungi dan maklum keadaan dan lokasi anda untuk mengesahkan penahanan tersebut.
Jangan lupa catat waktu anda ditahan perkara ini boleh dijadikan bukti di mahkamah nanti.

5. Penahanan polis

Anda berhak untuk bertanya sebab ditahan, setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya adalah satu tahanan yang salah.
Anggota polis mempunyai hak menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya anda melawan.

6. Apa terjadi selepas tahanan

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam di balai atau dilokap balai polis dengan tujuan untuk siasatan.

7. Ketahui hak

Sepanjang tahanan anda layak menghubungi peguam dan maklumkan penahanan tersebut. Anda juga layak mendapatkan sepasang unifom ketika berada di lokap pihak polis. Polis akan merekod semua barangan peribadi dan akan diserahkan kembali selepas tamat tempoh tahanan.

8. Pemeriksaan badan

Polis mempunyai kuasa membuat pemeriksaan di badan bagi objek yang berhubung dengan kesalahan yang disyaki, pemeriksaan perlu dilakukan di kawasan terlindung.
Walaupun ditahan tiada lagi undang-undang yang membolehkan polis memaksa seseorang untuk berbogel.

Sekiranya diugut anda berhak membantah, dan dapatkan nama pegawai yang bertanggungjawab dan buat laporan selepas selesai penahanan tersebut.

Semoga panduan ini memudahkan dan tahu hak sebagai anda sebagai orang awam, jangan mudah untuk mengikut apa sahaja kemahuan sekiranya tidak bersalah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.