Semua orang sudah sedia maklum bahawa plastik tidak boleh digunakan untuk memanas makanan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Tetapi tahukah anda sesetengah makanan yang akan menjadi toksik jika dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro?
FMT Ohsem ingin berkongsi jenis-jenis makanan yang tidak sepatutnya dipanaskan semula menggunakan ketuhar gelombang mikro:
Telur rebus
Telur rebus dikopek atau yang belum dikopek dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro akan menghilangkan kelembapan di dalamnya kerana pembentukkan wap yang melampau dan akan membuatkan telur meletup. Ia bagaimanapun tidak akan pecah di dalam gelombang mikro semasa ia dipanaskan.
Sebaliknya, ia boleh meletup di tangan anda ataupun di dalam pinggan. Bagi mengelakkan ia terjadi, potong telur rebus hirisan kecil sebelum dipanaskan.
Tetapi jika boleh elakkan memanaskan telur rebus dalam ketuhar gelombang mikro .
Susu ibu
Kebanyakan ibu yang mempunyai bayi menyimpan susu badan mereka di dalam peti sejuk beku untuk digunakan kelak. Jika boleh jangan panaskan susu ibu yang dibekukan ke dalam ketuhar gelombang mikro kerana ia tidak memanaskan makanan secara keseluruhan apatah lagi susu ibu. Ini akan menyebabkan susu tersebut terlalu panas dan menyebabkan tekak bayi melecur.
FDA mengesyorkan agar susu ibu dan formula dicairkan dan dipanaskan semula dalam periuk di atas dapur memasak atau rendamkan ia di dalam air panas sahaja.
Bagi memudahkan anda, panaskan secawan air di dalam ketuhar gelombang mikro dan rendamkan beg atau botol susu didalamnya.
Daging diproses
Daging diproses selalunya mengandungi kimia untuk kekal segar dan tahan lama, ini kerana ia boleh menjadikan bahan tersebut lebih buruk untuk kesihatan anda. Daging yang diproses apabila dipanaskan akan mengubah tekstur kimianya seperti kolestrol teroksida.
Menurut penyelidikan Journal of Agricultural and Food Chemistry, daging dipanaskan semula akan melutup kerana radiasi gelombang mikro menyumbang kepada pembentukkan produk pengoksidaan kolestrol (COPs), yang dikaitkan dengan penyakit jantung koronari. Ia agak berbeza dengan kaedah pemanasan untuk makanan lain.
Nasi
Nasi yang dipanaskan semula menggunakan ketuhar gelombang mikro akan mengakibakan keracunan makanan. Menurut Agensi Piawaiaan Makanan, mengatakan ini kerana bakteria Bacillus cereus.
Haba dalam ketuhar gelombang mikro menghasilkan spora beracun, menurut satu penemuan dalam journal mikrobiologi. Sejumlah kajian mengesahkan nasi yang dipanaskan dan di biarkan pada suhu bilik menyebabkan spora membiak dan menyebabkan keracunan makanan jika memakannya.
Ayam
Perkara paling penting yang perlu diketahui mengenai gelombang ketuhar mikro adalah habanya tidak membunuh bakteria kerana ketuhar gelombang mikro memanaskan hanya di bahagian luar dan bukan isi di dalam.
Sebelum memanaskan ayam, anda perlu memanaskan secara menyeluruh untuk menghilangkan semua bakteria yang ada.
Dalam satu kajian, daripada 30 orang peserta yang memanaskan daging mentah, 10 orang yang menggunakan ketuhar gelombang mikro keracunan makanan dan 20 orang lagi menggunakan kuali dalam keadaan baik.
Sayur-sayuran
Sayur-sayuran lebihan yang hendak dipanaskan menggunakan dapur bukannya ketuhar gelombang mikro. Semasa dipanaskan ia akan meletup di dalam gelombang mikro akan merosakkan zat yang ada.
Cili
Apabila cili dipanaskan semula, kimia akan mengeluarkan satu rasa yang sangat pedas di udara. Ia akan menyebabkan mata dan tekak anda terasa panas dan terbakar.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]