
Dalam operasi yang bermula 3 pagi itu, 12 wanita di dapati berhimpit dalam sebuah kereta manakala 11 lagi wanita dalam kereta ke-2. Mereka yang ditahan ialah 21 wanita warga Thailand serta 2 wanita warga Vietnam berusia antara 20 dan 35 tahun.
Turut ditahan, 2 lelaki tempatan berusia 32 dan 34 tahun yang menjadi pemandu kereta yang dinaiki semua wanita warga asing berkenaan.
Pengarah Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Azman Mahmood berkata pemeriksaan pihaknya mendapati, pusat hiburan itu baru memohon lesen pada awal bulan lepas, namum premis berkenaaan beroperasi sejak November tahun lepas.
“Kami juga mengambil tindakan menutup serta menyita barangan seperti peralatan muzik di pusat hiburan ini kerana beroperasi secara haram,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan.
Operasi bersepadu itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).