Restoran Songket, air tangan asli Melayu di tengah ibu kota

Restoran Songket, air tangan asli Melayu di tengah ibu kota

Dekorasi restoran yang menarik perhatian dengan songket-songket yang pelbagai warna dan corak di letakkan di dinding dinding bagi tatapan pelanggan.

Restoran Songket memberikan rasa sajian Melayu asli bagi golongan yang merindukan makanan masakan ibu. Berjauhan daripada keluarga dan kampung halaman adalah satu cabaran bagi mereka yang duduk di bandar. Restoran-restoran di bandaraya kebanyakan sangat bercita rasa moden kerana pengusahanya selalu mencari kelainan untuk menarik perhatian pelanggan.

Masakan Melayu memang ditawarkan oleh restoran-restoran tempatan, tetapi sukar untuk mendapatkan rasa asli dan tidak diubah suai. Ini kerana pada zaman serba moden, ramai yang mencari kelainan dalam masakan bertujuan untuk mencuba sesuatu yang lain dan baru untuk cita rasa kita.

Jika anda teringin merasa masakan Melayu asli di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Restoran Songket adalah pilihan yang tepat untuk dikunjungi. Dengan menggunakan tema songket yang begitu klassik dan melambangkan keaslian Melayu, restoran ini menghidangkan pelbagai masakan melayu yang sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat.

Selain harga yang berpatutan dan sajian yang pelbagai, Restoran Songket juga menyediakan ruang yang selesa untuk pelanggan menikmati hidangan yang menyelerakan.

Dekorasi restoran ini juga menarik perhatian dengan songket-songket yang pelbagai warna dan corak di letakkan di dinding dinding bagi tatapan pelanggan.

Restoran Songket terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur ini adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi kepada mereka yang menggemari masakan Melayu asli dengan menu harian seperti masak lemak udang nenas dan masak lemak ayam nangka.

Hidangan hidangan Melayu asli ini pasti akan membuka selera anda dan mengimbau kembali memori di kampung halaman anda!

Alamat: 29, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru,Kuala Lumpur.
Telephone: 60 3-2161 3331

Gambar: songketrestaurant.com

Artikel ini pernah diterbitkan di www.butterkicap.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.