
Beliau berkata pembayaran BSH fasa pertama itu mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama.
Ia dijangka memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah serta melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion, katanya.
“Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.
Lim berkata kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama, yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum Februari.
“Proses pemutihan yang akan mengeluarkan nama penerima yang tidak layak kerana mereka bukannya daripada golongan B40 memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan,” katanya.
Lim berkata setelah pangkalan data dikemas kini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga menggunakan kaedah baru seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.
“Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah,” katanya.
Kriteria pembayaran dan kaedah baharu akan diumumkan dalam jangka masa terdekat, katanya.