Twitter untuk Kementerian Hal Ehwal Najib?

Twitter untuk Kementerian Hal Ehwal Najib?

Masih tidak dapat dipastikan individu di sebalik akaun laman sosial yang aktif sejak 21 Januari lalu.

Heboh di laman sosial mengenai kewujudan sebuah akuan Twitter baru, iaitu Kementerian Hal Ehwal Najib.

Laman Twitter yang dibuka pada 21 Januari lalu pada awalnya memetik kenyataan media berkenaan isu Chef Wan dihasut syaitan.

Sejak 3 hari, akaun yang turut dikenali dengan akronim KemHen diikuti 260 orang dan mempunyai 1 tanda suka.

KemHen yang turut mengikuti 3 akaun Twitter lain iaitu milik Lim Kit Siang, akaun DAP Malaysia dan juga Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memuatnaik 38 tweet.

Akaun yang berpihak kepada pembangkang dan mengeluarkan kenyataan berunsur menyindir Pakatan Harapan ini bagaimanapun tidak dipastikan pihak di sebaliknya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.