
Kumpulan itu, yang mengelar dirinya “Iconoclastic Sect”, membuat dakwaan itu di satu laman web berbahasa Sepanyol, dan berkata serangan diluar gereja Saint Dionysios pada Disember itu kawasan kejiranan Kolonaki yang dikawal ketat polis hanyalah permulaan.
“Kami tidak akan teragak-agak menumpahkan darah, tiada belas kasihan atau perasaan untuk musuh kami,” kata kumpulan itu.
Sumber yang tahu tentang siasatan itu berkata pihak berkuasa memandang serius dakwaan tersebut, yang berlaku sebelum gereja dibuka.
Serangan skala kecil terhadap perniagaan, bangunan kerajaan, polis dan ahli politik bukan perkara asing di Yunani, yang mempunyai sejarah keganasan politik yang panjang.