Bakul berisi buah berusia 2,400 ditemui di bandar bawah laut Mesir purba

Bakul berisi buah berusia 2,400 ditemui di bandar bawah laut Mesir purba

Berdasarkan teori Goddio, buah itu mungkin terawet kerana ditempatkan di ruang bawah tanah.

Kepala Diorite ditemui di Teluk Abu Qir, di mana terletaknya kota kuno Canopus dan Thonis-Heracleion.

Ahli arkeologi telah menemui sejumlah artifak kuno dari abad keempat sebelum masehi (SM) termasuk bakul anyaman yang dipenuhi buah-buahan dan seramik Yunani.

Penemuan itu dibuat di runtuhan kota kuno Thonis-Heracleion yang ditenggelami air. Ia merupakan pelabuhan terbesar Mesir di Mediterranean sejak berabad lalu sehingga Alexander the Great mengasaskan Alexandria pada tahun 331 SM.

Artifak itu ditemui oleh pasukan penyelidik dari Institut Eropah untuk Arkeologi Bawah Air, atau IEASM, yang diketuai oleh ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio, yang menemui runtuhan itu dua dekad yang lalu.

Goddio memberitahu The Guardian bahawa penemuan itu cukup “luar biasa” kerana bakul buah-buahan yang ditemui seolah-olah belum disentuh sejak lebih 2,000 tahun.

Bakul anyaman itu diisi dengan biji sawit (doum), buah dari pokok palma Afrika, dan biji anggur.

Berdasarkan teori Goddio, buah itu mungkin terawet kerana ditempatkan di ruang bawah tanah, berkemungkinan ada kaitan dengan kawasan pengebumian, lapor The Guardian.

Penemuan itu dibuat berhampiran tapak anak bukit yang besar atau perkuburan yang sebelum ini pernah diterokai oleh pasukan itu.

Mereka turut menemui miniatur seramik Yunani kuno dan artifak gangsa termasuk cermin dan patung Osiris, tuhan kesuburan di era Mesir kuno.

Pengkaji percaya bahawa kota itu ditenggelami air selepas beberapa kali dilanda gempa bumi.

IEASM menjalinkan kerjasama erat dengan Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir. Penemuan ini akan dikaji dan dipelihara sebelum dipamerkan di muzium.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.