
Semua petugas dan peralatan sudah sedia untuk mengadakan pilihan raya selepas Presiden Abdelaziz Bouteflika, memanggil mengadap ahli suruhanjaya pilihan raya bebas, kata Bedoui ketika berucap di depan ketua daerah di ibu negara itu.
Bouteflika dijangka akan mengumumkan pilihan raya presiden dalam masa beberapa hari lagi kerana perlembagaan menetapkan pertemuan dengan suruhanjaya pilihan raya perlu diadakan 3 bulan sebelum tarikh pengundian.
Penggal pemerintahan presiden Algeria dijadual tamat pada April 2019, tetapi sehingga kini belum ada tokoh kerajaan menunjukkan minat untuk bertanding.
Bouteflika, 81 yang sudah 4 penggal menjadi presiden, besar kemungkinan akan berusaha mendapatkan mandat untuk penggal kelima.