Ringgit menokok berbanding dolar AS

Ringgit menokok berbanding dolar AS

Di peringkat domestik, peniaga menantikan OPR terkini diumumkan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara minggu depan.

Sentimen disokong harga minyak yang kukuh, berikutan kebimbangan berterusan mengenai keadaan politik tidak menentu di AS disebabkan penutupan kerajaan yang berterusan dan pergolakan Brexit.
KUALA LUMPUR:
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat yang sederhana, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1050/1080 berbanding 4.1090/1110 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata sentimen disokong oleh harga minyak yang kukuh, berikutan kebimbangan yang berterusan mengenai politik yang tidak menentu di AS disebabkan penutupan kerajaan yang berterusan dan pergolakan Brexit.

Harga minyak mentah Brent naik 68 cents kepada AS$61.32 setong pada Rabu.

Katanya di peringkat domestik, peniaga menantikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) terkini yang akan diumumkan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia pada minggu depan, untuk hala tuju seterusnya.

Secara keseluruhannya, ringgit kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0302/0329 daripada 3.0322/0355 semalam dan berbanding euro kepada 4.6793/6835 daripada 4.6880/6923.

Ringgit turut naik berbanding yen Jepun kepada 3.7674/7712 daripada 3.7826/7848 dan pound pada 5.2877/2919 daripada 5.2899/2941.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.