Kontraktor kemuka dokumen palsu dapatkan tender bekal makanan asrama

Kontraktor kemuka dokumen palsu dapatkan tender bekal makanan asrama

Lelaki berusia 28 tahun itu direman 7 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan SPRM.

Seorang kontraktor disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.
SANDAKAN:
Seorang kontraktor direman 7 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengemukakan penyata bank palsu untuk mendapatkan tender pembekalan makanan bermasak asrama sekolah di sekitar Sandakan bernilai RM2.26 juta bagi tempoh 2017 hingga 2018.

Majistret Rosmaini Osman membenarkan permohonan Penolong Kanan Penguasa SPRM Shuhaimi Abd Manaf untuk menahan reman lelaki berusia 28 tahun itu sehingga 23 Jan ini.

Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda daripada nilai tuntutan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

 

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.