KPM sedia ralat betulkan kandungan buku teks tahun 3

KPM sedia ralat betulkan kandungan buku teks tahun 3

Ralat dalam bentuk QRCode dikeluarkan pada pada 17 Jan dan pelekat akan dicetak dan diedarkan ke semua sekolah berkenaan termasuk ke SJKT mulai 29 Jan.

Buku teks Pendidikan Kesihatan tahun 3 itu menyatakan tindakan gadis gagal “menjaga kehormatan bahagian sulitnya” akan menyebabkan maruah keluarga tercalar, beliau mendapat malu dan emosi terganggu serta tidak disukai rakan. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan segera membetulkan infografik pada buku teks subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tahun 3 kerana ia boleh disalah tafsir.

Dalam satu kenyataan, KPM berkata infografik pada halaman 67 dalam buku teks terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dibekalkan ke semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pada tahun ini itu boleh disalah tafsir sebagai menyalahkan mangsa gangguan seksual berhubung “penjagaan kehormatan anggota seksual”.

“KPM yang menerima maklum balas mengenai infografik tersebut semalam mengambil tindakan segera untuk membetulkannya.

“KPM memutuskan untuk menambah baik kandungan buku tersebut dengan menyediakan ralat dalam bentuk QRCode, yang akan dimuat naik pada 17 Jan (Khamis ini) untuk makluman guru, murid dan ibu bapa,” katanya.

Kenyataan itu turut menjelaskan ralat dalam bentuk pelekat juga akan dicetak dan diedarkan ke semua sekolah berkenaan termasuk ke SJKT mulai 29 Jan.

“Surat makluman berkaitan hal ini akan dikeluarkan dan dipanjangkan ke semua sekolah untuk memaklumkan tentang langkah penambahbaikan tersebut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.