Rancang cuti-cuti anda, 9 minggu ‘terbaik’ 2019

Rancang cuti-cuti anda, 9 minggu ‘terbaik’ 2019

Kalender 2019 memberi 'hadiah' rehat panjang untuk memudahkan kita merancang percutian tanpa perlu mengambil terlalu banyak cuti tahunan.

Jika mahu bercuti bersama keluarga musim cuti sekolah, anda mungkin berhadapan dengan ‘kesesakan’ kerana ramai yang ‘berebut’ untuk melakukan pelbagai aktiviti waktu cuti panjang tersebut.

Jalan sesak, tiada bilik hotel atau harga pakej mahal antara masalah yang boleh merosakkan rancangan anda.

Kalendar Tahun Baru 2019 memberi sinar baru kerana terdapat 9 minggu terbaik dimana anda boleh merancang percutian atau gateway bagi merehatkan diri. Ia termasuk cuti umum yang jatuh pada hari Ahad dan Isnin.

9 cuti ‘panjang’ tahun 2019:

  1. Thaipusam akan disambut pada 21 Januari (Isnin).
  2. Pada yang bekerja di Wilayah Persekutuan, Februari adalah bonus untuk anda! 1 Februari, Hari Wilayah jatuh pada hari Jumaat. Sementara itu, Tahun Baru Cina jatuh pada 5 (Selasa) dan 6 Februari (Rabu). Hanya perlu guna 1 hari dari cuti tahunan pada hari Isnin untuk ‘rehat’ 6 hari!
  3. Bulan Mei, Wesak disambut pada 19 Mei yang jatuh pada hari Ahad, Isnin adalah cuti gantian. Apa salahnya ambil 1 hari tambahan pada Selasa 21 Mei kerana 22 Mei adalah cuti Nuzul Al-Quran.
  4. Jun pula kita ada cuti Aidilfitri yang jatuh pada hari Rabu dan Khamis, 5 dan 6 Jun. Ambil 1 cuti pada hari Jumaat untuk 5 hari raya sakan.
  5. Bulan Ogos juga dilihat memberi peluang untuk merehatkan badan tanpa perlu ke pejabat di hari Isnin apabila sambutan Aidiladha di sambut 11 Ogos (Ahad).
  6. Anda juga boleh ‘apply leave’ pada Jumaat 30 Ogos supaya hujung minggu anda ada 4 hari! Ini kerana Hari Merdeka akan disambut pada hari Sabtu sementara 1 September adalah Awal Muharram. Cuti gantian hari Isnin (2 September).
  7. Hari Malaysia juga ‘jatuh’ 16 September (Isnin).
  8. Deepavali disambut pada 27 Oktober (Ahad), cuti lagilah hari Isnin.
  9. Terakhir adalah minggu Hari Natal, 25 Disember (Rabu). Ambil 2 hari dari cuti tahunan anda untuk 5 hari jalan-jalan.

Manfaatkan sepenuhnya cuti berganda ini dengan merancang masa kualiti bersama keluarga atau lakukan aktiviti yang dsudah lama anda idamkan seperti percutian singkat ke luar negara. Selamat bercuti semua!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.