KER 4, KER 2, KER 14 atau KER 15? Mana satu pilihan anda?

Menurut warga net, hurut plat nombor KER yang dikeluarkan untuk negeri Kedah ini bakal menjadi ‘buruan’ dan menjadi perkataan ‘sindiran’ apabila dipadankan dengan nombor.
Ekoran itu, mereka tidak putus-putus memberi perkataan dengan mengabungkan KER dan nombor yang mewakili abjad misalnya 4 untuk A, 1 untuk I, 7 untuk T dan sebagainya.
Pada peniaga kuih keria anda boleh gunakan KER 14 atau pada otai-otai yang mahu nampak cool, KER 2 mungkin sesuai!


Sebanyak RM1.5 juta nilai bidaan disasarkan bagi keseluruhan nombor pendaftaran siri itu.
Sasaran itu dipercayai dapat dicapai berikutan sebelum ini pendaftaran seperti KEN mengutip RM4.13 juta sekali gus kutipan tertinggi bagi JPJ Kedah.
Bagi nombor bernilai utama (golden number) seperti KER 1 hingga KER 10, harga minimum untuk tender adalah RM10,000 manakala bagi kategori nombor menarik seperti KER 14 atau KER 15 adalah RM2,000.
RM300 akan dikenakan bagi nombor pendaftaran yang membabitkan kategori nombor popular dan nombor biasa bagi siri.