
Perdana menteri dijangka menyampaikan ucapan kepada persatuan debat yang dianggotai ahli-ahli Universiti Oxford itu pada 18 Januari ini.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas undangan itu.
“Selepas berbulan-bulan merancang, Dr M akhirnya akan muncul di Oxford Union,” katanya di Twitter.
Sye Saddiq berkata perdana menteri berusia 93 tahun itu bukan sahaja pemimpin Malaysia pertama tetapi juga pemimpin Asean pertama yang terpilih secara demokrasi yang diundang untuk berucap kepada Oxford Union.
“Tak sabar. Malaysia, harimau Asia,” tambahnya.
Oxford Union mempunyai tradisi menganjurkan debat dan speaker sejak 1823. Bekas perdana menteri British, Harold Macmillan menggelarnya bentang kebebasan bersuara di Barat.