BN tadbir Pahang, tapi dilarang guna kemudahan negeri berkempen

BN tadbir Pahang, tapi dilarang guna kemudahan negeri berkempen

Ramli Mohd Nor berkata, BN tiada dana mencetak poster besar seperti PH kerana parti itu berdepan banyak kekangan, termasuk kewangan.

oster besar calon PH, M Manogaran di Cameron Highlands.
CAMERON HIGHLANDS:
Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor berkata, beliau tidak boleh menggunakan dana dan kemudahan kerajaan negeri untuk berkempen, walaupun Pahang ditadbir parti itu.

Beliau berkata demikian kerana tiada perang poster di Cameron Highlands, apabila kempen PRK itu memasuki hari ke-4 hari ini.

Tinjauan FMT mendapati tiada satu pun poster calon BN kelihatan di sekitar kerusi Parlimen itu, yang ada hanya bendera BN dan poster calon Pakatan Harapan (PH).

Hanya bendera BN yang kelihatan di Cameron Highlands, tetapi bukannya poster Ramli Mohd Nor.

Ramli berkata, BN tiada wang untuk mencetak poster besar seperti PH kerana parti itu berdepan banyak kekangan, termasuk kewangan.

“Kami ini parti pembangkang, mana ada duit nak buat besar-besaran. Kami tidak boleh guna jentera kerajaan, kami tidak boleh guna sekolah, tidak boleh guna dewan, jadi perlahan-perlahanlah.

“Kalau ada peruntukan adalah (poster),” katanya selepas melawat Kampung Orang Asli Pos Terisu hari ini.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.