
Menterinya, Loke Siew Fook berkata pihaknya mengambil maklum cadangan itu, namun ia perlu dikaji.
“Jika kita nak kurangkan kadar kemalangan maut, sudah semestinya kita kena kurangkan kadar kemalangan motosikal…jadi apa-apa cadangan, kita terbuka untuk melihatnya.
“Kita tidak boleh meletakkan satu tempoh muktamad untuk ia dilaksanakan, daripada segi undang-undang kita boleh sahaja bersetuju dengan cadangan itu, namun yang paling penting bagaimana cara kita boleh menguatkuasakannya,” katanya selepas merasmikan Bazar Tahun Baru Cina di sini, hari ini.
Beliau mengulas cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) yang dilaporkan media hari ini.
Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum aspek penguatkuasaan lemah yang mendorong peningkatan statistik kemalangan lalu lintas, justeru langkah penguatkuasaan serta peraturan sedia ada akan diperketatkan lagi.
Statistik JKJR 2018 menunjukkan lebih 60% daripada 6,742 kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Sebuah kumpulan WhatsApp yang dikenali sebagai Safety First turut menggesa cadangan itu dilaksanakan.