Kontrak RM99.7 juta: Ketua setiausaha kementerian dipanggil kali ke-2

Kontrak RM99.7 juta: Ketua setiausaha kementerian dipanggil kali ke-2

Sumber SPRM berkata, lelaki itu memberi keterangan berkaitan kes seorang bekas pengerusi agensi kerajaan didakwa menggunakan kedudukannya untuk mencadangkan sebuah syarikat diberi projek Kempen Pengiklanan Digital bagi pasaran China dari 2018 hingga 2020.

Sumber SPRM berkata, lelaki berusia 60 tahun bergelar Datuk itu memberi keterangan selama 6 jam sehingga 6 petang tadi di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.
KUALA LUMPUR:
Ketua setiausaha di sebuah kementerian dipanggil memberi keterangan di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, hari ini berhubung kontrak kerajaan bernilai RM99.7 juta.

Ini adalah kali ke-2 beliau dipanggil memberi keterangan.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 60 tahun bergelar Datuk itu memberi keterangan selama 6 jam bermula 12 tengah hari dan berakhir 6 petang tadi.

“Semalam, kita telah merakam keterangan beliau selama 2 jam bermula 10 pagi sehingga 12 tengah hari.

“Rakaman percakapan itu dibuat berkaitan kes seorang bekas pengerusi agensi kerajaan yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk mencadangkan sebuah syarikat diberi lantikan secara terus bagi projek Kempen Pengiklanan Digital bagi pasaran China untuk tempoh 2018 hingga 2020,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sumber SPRM berkata, projek itu bernilai RM99.7 juta dan menggunakan peruntukan kementerian itu.

Khamis lalu, seorang bekas pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk direman 4 hari bagi membantu siasatan salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta.

 

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.