Harga emas dijangka naik tahun ini

Harga emas dijangka naik tahun ini

Kenaikan harga normal semasa turun naik pasaran kewangan, kata seorang hartawan barang kemas terkemuka.

Pelanggan di kedai barang kemas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Harga emas dijangka naik tahun ini. (Bernama pic)
PETALING JAYA:
Harga emas dijangka naik 10% tahun ini, menurut seorang hartawan barang kemas terkemuka.

Choon Yee Seong, pengerusi francais Poh Kong, berkata pelabur akan mencari aset-aset selamat tahun ini memandangkan turun naik dalam pasaran kewangan.

Pengerusi Poh Kong, Choon Yee Seong.

Beliau berkata, kemungkinan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah 4 kali ganda pada 2019 juga akan menyaksikan dana beralih ke pasaran emas.

“Emas adalah aset selamat dan dari dulu kita boleh nampak harga emas akan naik semasa turun naik pasaran kewangan,” kata Choon selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan syarikat itu semalam.

Emas kini berharga AS$1,176 (RM4,833) satu auns troy (31.103grams).

Choon menjangkakan emas didagangkan antara AS$1,300 (RM5,343) hingga AS$1,400 (RM5,754) satu auns troy sepanjang tahun.

Poh Kong menjangkakan hasil lebih RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2018 dan keuntungan selepas cukai RM23.4 juta.

Harga tertinggi yang pernah dicatatkan adalah AS$1,911 (RM7,854) satu auns troy pada Julai 2011, manakala harga terendah adalah AS$1,167 (RM4,767) pada Ogos 2018.

Ditanya sama ada hasil SST pada September tahun lepas memberi kesan ke atas jualan, Choon berkata, cukai itu dipindahkan kepada pelanggan dan oleh itu tidak menjejaskan syarikat.

Poh Kong kini menikmati margin keuntungan 20% bagi produk-produknya.

Syarikat meramalkan pasaran 2019 menaik kerana kenaikan harga emas dan pelabur gemar memilih emas berbanding kelas aset-aset lain semasa turun naik pasaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.