
Bagaimanapun, katanya, kajian Bank Negara Malaysia (BNM) mencadangkan golongan berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 boleh membeli rumah berharga kira-kira RM169,000.
“Dengan harga itu, mereka mampu membuat bayaran sebanyak RM500 hingga RM600 sebulan,” katanya dalam sidang media di kementeriannya, hari ini.
Pada 28 September lalu, Zuraida memberi jaminan harga rumah akan turun selepas SST dilaksanakan mulai 1 September lalu kerana perkhidmatan pembinaan dan kos bahan binaan yang akan memberi kesan terhadap harga rumah, dikecualikan cukai.
Ia disusuli kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengumumkan harga rumah baru belum dibina turun 10%, tetapi tidak membabitkan projek rumah harga terkawal seperti rumah kos rendah dan sederhana rendah.