
Menurut beliau, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.
Ini akan memberi masa kepada semua agensi dan pemilik premis terlibat untuk membuat persiapan bagi pelaksanaan peraturan ini.
Penguatkuasaan sepenuhnya peraturan ini hanya akan dilaksanakan pada 1 Julai. Sehingga 30 Jun, kementerian bersama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah akan melaksanakan penguatkuasa pendidikan, katanya pada sidang media hari ini.