Hezbollah masih mahu Hariri sebagai PM Lubnan

Hezbollah masih mahu Hariri sebagai PM Lubnan

Hezbollah memerlukan Saad Hariri sebagai perdana menteri dalam usaha melibatkan diri dengan barat.

Hezbollah memberi komitmen sepenuhnya kepada bakal perdana menteri Lubnan, Saad Hariri. (Gambar Reuters)
BEIRUT:
Hezbollah memberi komitmen sepenuhnya kepada bakal perdana menteri Lubnan, Saad Hariri, untuk membentuk kerajaan baru, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai kanan Hezbollah pada Selasa.

“Hezbollah masih yakin Hariri sepatutnya menjadi perdana menteri Lubnan,” kata Hussein Khalil, penasihat politik utama kepada pemimpin Hezbollah, Sayed Hassan Nasrallah.

Kenyataan Khalil dibuat meskipun terdapat desakan daripada Hezbollah bagi mewakili 6 ahli parlimen bebas Sunnah dalam kerajaan, satu cadangan yang ditolak oleh Hariri yang percaya semua ahli parlimen bebas itu tidak mempunyai merit untuk representasi kerana mereka tidak tergolong dalam satu blok parlimen.

Sami Nader, pengarah Institut Levant bagi Hal Ehwal Strategik di Lubnan, memaklumkan Xinhua bahawa Hezbollah memerlukan Hariri sebagai perdana menteri dalam usaha melibatkan diri dengan barat.

“Barat tidak memboikot Hariri. Beliau masih menjadi interlokutor yang digemari oleh barat dan mempunyai hubungan yang baik dengan Arab Saudi,” kata Nader.

Lubnan bergelut untuk membentuk kerajaan sejak Hariri dinamakan sebagai perdana menteri pada Mei 2018.

Pembentukan kerajaan itu berdepan pelbagai halangan dalam kalangan parti berhubung representasi dalam kerajaan baharu itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.