
Pengumuman itu dibuat menerusi satu video yang dikeluarkan pada Selasa oleh kementerian yang dikendali oleh Hamas, yang turut membabitkan pengakuan jelas menjadi pengintip Israel, lapor agensi berita rasmi Turki Anadolu memetik saluran TV Al-Aqsa.
“Sejak beberapa tahun lepas, kami berjaya menangkap ramai pengintip dan pada akhirnya, sudah ditakdirkan mereka ke tali gantung,” kata Iyad al-Bazm, jurucakap bagi Kementerian Dalam Negeri di Gaza.
Tujuh rakyat Palestin dan seorang tentera Israel terbunuh dalam satu operasi penyamaran bagi membolehkan rejim itu menyusup masuk ke Khan Younis pada 11 Nov.
Insiden itu disusuli peningkatan operasi ketenteraan Israel ke atas Gaza.