
Siapa di sini peminat lontong makan bersama kuah lodeh? Peminat lontong hanya boleh menikmati sajian ini pada hari raya sahaja. Ini kerana susah nak cari lontong dan kuah lodeh yang sedap pada hari biasa.
Bagi peminat tegar lontong, jom cuba hidangan ini di Jalan Batu Muda 5, Sentul.
Gerai kecil ini terletak di belakang masjid Batu Muda.
Ia dibuka setiap hari pada waktu pagi kerana lontong sering kali dinikmati oleh orang ramai sebagai sarapan.
Mereka menjual lontong asli yang dibalut dengan daun pisang.
Menurut pemilik gerai tersebut, lontong adalah makanan tradisi masyarakat Bawean yang berasal dari Pulau Bawean, pulau yang terletak di Laut Jawa dan kira-kira 80 batu di sebelah utara Surabaya.
“Sejak kecil saya didedahkan dengan sajian lontong walaupun di Malaysia nasi merupakan menu utama.

Beliau menjual lontong balut daun pisang sejak dahulu lagi kerana tidak mahu anak muda sekarang tidak mengenali lontong asli.
“Ramai orang pelik melihat lontong daun pisang ketika makan di kedai saya. Selalunya mereka akan bertanya, apa ni kak?
“Lontong wajib dibuat menggunakan daun pisang batu agar ia tidak pecah ketika direbus. Proses memasak lontong juga mengambil masa antara 6 hingga 8 jam.
“Saiz daun pisang batu lebar dan sangat tebal. Ia juga menghasilkan aroma yang menyelerakan . Warna hijau daun pisang yang luntur pada bahagian luar lontong,” katanya.
Jom singgah di gerai ini untuk merasa sendiri keunikan rasa lontong daun pisang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]