Indonesia lancar carian baru perakam suara kokpit Lion Air

Indonesia lancar carian baru perakam suara kokpit Lion Air

Jika cuaca izinkan, kapal pencarian menggunakan kapal tentera laut akan berlepas hari ini.

(Gambar Bernama)
JAKARTA:
Indonesia akan melancarkan usaha pencarian baru seawal hari ini untuk mencari perakam suara kokpit (CVR) daripada pesawat Lion Air yang terhempas ke Laut Jawa akhir Oktober lalu.

Ketua Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), Soerjanto Tjahjono berkata, jika keadaan cuaca mengizinkan, kapal pencarian itu akan berlepas hari ini.

Nahas itu, yang pertama membabitkan pesawat Boeing Co, 737 MAX, mengorbankan semua 189 penumpang di dalamnya.

Minggu lalu, penyiasat berkata, mereka bercadang menggunakan kapal tentera laut untuk mencari “kotak hitam” ke-2 pesawat selepas usaha pencarian 10 hari dibiayai Lion Air gagal menemui CVR itu.

Sumber KNKT berkata, pasukan itu memiliki tempoh 7 hari menggunakan kapal KRI Spica untuk mencari CVR, yang mungkin memiliki petunjuk penting siasatan terhadap tindakan juruterbang pesawat malang itu.

Soerjanto enggan mengulas jika ada had masa untuk pencarian itu. Hubungan dengan pesawat JT610 itu terputus 13 minit sejurus berlepas 29 Oktober lalu dari ibu kota Jakarta menuju ke bandar perlombongan timah di Pangkal Pinang, Sumatera.

Kotak hitam pertama, perakam data penerbangan ditemui 3 hari selepas nahas.

Satu laporan awal KNKT memfokuskan penyelenggaraan pesawat dan latihan serta tindak balas sistem anti-pegun Boeing terhadap pengimbas baharu diganti namun tidak memberi punca sebenar nahas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.