
Rahaf Mohammed al-Qunun dijadualkan menaiki penerbangan Kuwait Airways ke Bandaraya Kuwait, tempat tinggal keluarganya, pagi tadi.
“Beliau mengunci diri dalam bilik dan berkata beliau tidak akan pulang” sehingga dibenarkan bertemu agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk memohon suaka,” kata timbalan pengarah Human Rights Watch bagi Asia, Phil Robertson melalui aplikasi Twitter.
Rahaf tidak dibenarkan masuk oleh pegawai imigresen Thailand, Sabtu. Pihak berkuasa Thai menafikan bertindak demikian atas permintaan kerajaan Arab Saudi, sebaliknya berkata, wanita itu tidak mempunyai dokumen tepat bagi memohon visa ketibaan.