
Pada 12 Januari ini beberapa kawasan di ibu negara akan mengalami masalah gangguan bekalan air ekoran pemberhentian tugas Loji Rawatan Air Bukit Nanas untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah.
Kawasan yang terlibat ialah Bukit Bintang, Imbi, Pudu, Bukit Ceylon, Jalan Sungai Besi, pusat bandar Kuala Lumpur, Bukit Damansara, Bangsar dan Titiwangsa Sentral.
“Kawasan lain Bukit Persekutuan, Kampung Attap, Taman Duta, Bukit Tunku, Kampung Baru, Taman SA, Brickfields, Kampung Datuk Keramat, Taman Tasik Perdana, Chow Kit dan Pekeliling.
Ia akan berlaku dari jam 9 malam sehingga 11 malam Ahad dan akan menganggu kehidupan orang berkeluarga pada hujung minggu. Walaupun situasi ini bukan baru, tetapi acapkali berdepan masalah gangguan air, pasti membuatkan kita gelabah.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak, mesti sukar untuk mengendalikan situasi keluarga dalam keadaan tiada bekalan air. Apapun, kalau ada perancangan awal, mesti kurang sedikit masalah. FMT Ohsem menyenarai 7 persediaan awal hadapi masalah ketiadaan air:
Simpan air dalam plastik sampah
Bermula hari ini, apa kata anda dan keluarga mula menyimpan air. Jangan risau kalau tiada baldi atau tong besar kerana apa yang anda perlukan hanya plastik sampah, yang hitam tu. Anda bukan sahaja jimat duit kerana tak perlu beli tong tetapi ruang tempat kerana setelah digunakan plastik itu boleh diguna selain, tidak memakan ruang lagi. Caranya, letak plastik besar dalam bakul atau tong sedia ada dan isi air. Dah penuh, ikat dan simpan baik-baik. Gunakan bila perlu!
Simpan dalam tong tutup
Simpan air dalam tong tertutup yang bersih dan cukup besar untuk keperluan makan minum. Kalau tiada tong, gunakan bekas yang besar dan labelkan keperluannya untuk diminum atau keperluan masak sahaja. Takut anak-anak buat main!
Jimat-cermat
Waktu seperti ini, kenalah belajar berjimat. Air banyak diguna ketika mandi, jandi berpada-padalah pada waktu ketiadaan air. Selain itu jika anda mempunyai bayi gunakan tisu lembab bayi untuk membersihkan bayi termasuk selepas buang air. Ia juga boleh diguna untuk membersihkan permukaan dan tumpahan kecil.
Kedai dobi berdekatan
Apabila pakaian kotor sudah bertimbun, hantarkannya ke kedai dobi yang ada bekalan air. Lazimnya gangguan bekalan air boleh jadi di satu-satu tempat, maka anda mungkin boleh mencari kedai dobi di kawasan kejiranan berdekatan anda yang tiada masalah bekalan air.
Kumpul air hujan
Kumpul dan gunakan air hujan untuk bersihkan longkang, kumbahan tandas dan menyiram pokok bunga. Bagaimanapun pastikan baldi dan timba ditutup sepanjang masa apabila tidak digunakan
Ambil tahu jadual waktu lori air singgah di kawasan anda. Biasanya, syarikat air dan pihak berkuasa akan menghantar lori yang membawa bekalan air kepada kawasan yang terlibat secara tepat.
Barangan pakai buang
Kalau ggangguan air berpanjangan daripada tempoh waktu yang dijanji, bagaimana? Untuk tujuan kecemasan, simpan barangan pakai buang seperti sudu dan garpu, pinggan dan cawan kertas agar anda tidak perlu membazir air untuk membasuh pinggan pada hari tersebut. Selain itu, pelbagai barangan pakai buang dijual seperti lampin untuk anak, pakaian dalam dan sebagainya.
Jika anda berdepan sebarang masalah, bolehlah menghubungi di talian 15300 atau SMS Tanker ke 15300 atau WhatsApp 019-281 6793 atau 019-280 0919 untuk bantuan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email [email protected]