Gempa bumi magnitud 5.4 gegar selatan Filipina

Gempa bumi magnitud 5.4 gegar selatan Filipina

Gegaran berlaku kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan pada kedalaman 35 kilometer.

Kejadian dicatatkan di barat laut Baliguian, sebuah bandar di wilayah Zamboanga del Norte di Mindanao.
MANILA:
Gempa bumi berukuran 5.4 magnitud melanda wilayah Zamboanga del Norte di selatan Filipina pada Isnin.

Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, gegaran berlaku kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 35 kilometer.

Kejadian dicatatkan di barat laut Baliguian, sebuah bandar di wilayah Zamboanga del Norte yang terletak di wilayah Semenanjung Zamboanga di Mindanao.

Menurut Xinhua, gegaran turut dirasai di pinggir laut Bandaraya Zamboanga.

Setakat ini tiada gempa susulan dilaporkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.