
Anak bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman itu, membaca ikrar sumpah di hadapan speaker Mohamad Ariff Md Yusof kira-kira jam 10.00 pagi.
Yamani tidak hadir untuk mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Parlimen ke-14 Julai lalu, bersama 220 daripada 222 ahli Parlimen.
Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak hadir hari tersebut kerana tidak sihat.
Muhyiddin, yang juga menteri dalam negeri, mengangkat sumpah pada 14 Ogos.
Sebab Yamani tidak hadir tidak diketahui, tetapi dipercayai berada di luar negara.
Speaker Dewan Rakyat sebelum ini berkata, beliau tidak menerima respons surat-surat yang dihantar kepada Yamani, untuk mengingatkan beliau mengangkat sumpah.
Yamani sebelum ini diberi amaran beliau mungkin hilang kerusinya sekiranya gagal mengangkat sumpah dalam tempoh yang ditetapkan.
Berdasarkan Artikel 59 Perlembagaan Persekutuan, calon-calon yang menang kerusi Parlimen dalam pilihan raya wajib mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen dalam tempoh 6 bulan sidang baru Parlimen akan datang.
Speaker berkata, Yamani sebelum ini meminta mengangkat sumpah melalui persidangan video, tetapi ia ditolak memandangkan tiada peruntukan demikian, dan memaklumkan beliau mesti mengangkat sumpah sebelum pertengahan Januari ini.
Yamani menang kerusi Parlimen Sepitang selepas mendapat 12,083 undi, menewaskan pesaing terdekatnya, Noor Hayaty Mustapha daripada Parti Warisan Sabah dengan 852 undi majoriti dalam pertandingan 3 penjuru.
Baru-baru ini, apabila bekas pengerusi Umno Sabah Hajiji Mohd Noor mengetuai penghijrahan ahli-ahli daripada parti tersebut, beliau memaklumkan Yamani juga turut tinggalkan Umno, tetapi Yamani tiada di sidang media ketika itu.