Terdapat beberapa buah negara di dunia mengalakkan rakyatnya untuk menambah jumlah anak sebagai strategi untuk menentukan kemajuan masa depan.

Kemerosotan bilangan penduduk, terutamanya membabitkan golongan muda akan memberi kesan besar kepada ekonomi sesebuah negara.
Demografi mencadangkan sesebuah negara memerlukan kadar kesuburan yang tinggi, di mana sebuah keluarga harus memiliki sekurang-kurangnya 2 orang anak.
Tetapi disebabkan tekanan ekonomi dan budaya, keluarga moden bukan sahaja terhad melahirkan anak malah berhadapan masalah ketidaksuburan untuk mendapatkan zuriat.
Ini antara 9 buah negara yang kurang penduduk dan mengalakkan penduduknya menambah anak:
1.Denmark
Negara Nordic kecil ini mempunyai kadar kesuburan yang rendah iaitu kira-kira 1.73 kanak-kanak untuk seorang wanita. Spies Rejser, sebuah syarikat perlancongan Denmark, mempunyai insentif yang bijak untuk memujuk wanita supaya hamil.
Pertama, ia menawarkan untuk menyediakan bekalan makanan kepada bayi sehingga berumur 3 tahun kepada pasangan yang mengandung ketika bercuti di Denmark. Syaratnya, pakej percutian mestilah ditempah melalui syarikat ini.
Denmark juga memjalankan kempen ‘Do it for Mom’ sebagai motivasi untuk pasangan memberi ibu tercinta seorang dua cucu.
2.Rusia
Vladimir Putin pernah membawa Boyz II Men ke Moscow bagi kempen menyemarak ‘cinta’ sebelum hari Valentine.
Laporan menunjukkan negara tersebut sedang mengalami masalah demografi iaitu lelaki mati pada usia muda dan tidak sempat melanjutkan zuriat.
HIV/ AIDS dan ketagih arak menyebabkan masalah besar sekaligus menghalang wanita mengandung dan mendapatkan zuriat.
Masalah ini menjadi semakin teruk pada tahun 2007 sehingga kerajaan Rusia mengisytiharkan 12 September sebagai hari rasmi kesuburan. Pada hari itu, mereka diberikan cuti untuk fokus mendapat anak. Wanita yang melahirkan anak selepas 9 bulan, pada 12 Jun akan memenangi hadiah peti sejuk.
3. Jepun
Pihak berkuasa sebuah bandar di daerah Katsuta, wilayah Okayama menawarkan sejumlah ganjaran termasuk wang tunai hampir AS$5,900 (RM24,400) kepada pasangan berkahwin di bandar itu agar melahirkan lebih ramai anak.
Tawaran itu dilakukan bagi mengatasi masalah kadar kelahiran rendah di Jepun selain berdepan peningkatan penduduk tua.
Pada Januari 2018, Jepun merekodkan seramai 2.5 juta penduduk asing iaitu peningkatan 7.5% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Jumlah itu mewakili kira-kira 2% daripada keseluruhan penduduk di Jepun.
Perdana Menteri, Shinzo Abe juga bercadang melonggarkan syarat-syarat untuk membolehkan pekerja asing berkhidmat lebih lama di Jepun sekali gus mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia di situ.
4. Romania
Bagi mengalakkan peningkatan kadar kelahiran di Romania, kerajaan menghapuskan elaun siliing yang diperkenalkan suatu masa dahulu bertujuan membesarkan anak. Ia sejajar dengan model Eropah, memerangi ketidakadilan.
Kadar kelahiran pada tahun 2016 di Romania adalah antara yang terendah dalam sejarah negara itu, hampir menyamai kadar yang direkod ketika perang dunia kedua. Pada bulan Ogos 2016, kerajaan mengalakkan wanita berkerjaya mengambil cuti berkerja untuk melahirkan dan membesarkan anak. Kerajaan juga menambah peruntukkan membesarkan anak dalam bajet kewangan.
5. Singapura
Kerajaan Singapura pernah mendesak penduduk di negara tersebut untuk hanya mempunyai 2 orang anaka.berhenti beranak selepas 2 orang anak. Polisi tersebut dihentikan sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan populasi sebanyak 30% pada tahun 2030.
Bonus berupa insentif tunai juga diberikan kepada pasangan yang memiliki banyak anak.
Ia diperkenalkan pada tahun 2001, di mana semua warga Singapura yang memiliki bayi mendapat hadiah wang tunai yang dimasukkan ke dalam Akaun Perkembangan Anak (Child Development Account, CDA) untuk digunakan bagi membayar rawatan kesihatan anak. Semakin banyak anak yang anda miliki, semakin banyak wang yang diperolehi.
6. Korea Selatan
Pada setiap minggu ketiga setiap bulan, Korea Selatan akan menutup lampu pejabat pada pukul 7 malam. Ia dinamakan hari untuk keluarga.
Negara ini mengambil apa sahaja langkah yang boleh dipromosikan untuk sesebuah keluarga menambah bilangan anak termasuk memberi insentif wang tunai kepada orang yang mempunyai anak lebih daripada seorang.
7. Itali
Itali juga sebuah negara yang mengalakkan penduduknya untuk menambahkan jumlah anak. Dipetik dari Bloomberg, negara ini mengeluarkan banyak siri iklan awam menyatakan Itali sudah tidak cukup waktu dan anak tidak akan lahir begitu sahaja.
Dalam 1 iklan misalnya, kerajaan menggunakan slogan ‘Beauty knows no age, fertility does’ bagi menggalakkan wanita hamil. Menurut seorang pakar Ekonomi dari Universiti Cattolica del Sacro Cuore, iklan tersebut bagaimanapun gagal menarik pasangan menambah anak.
8. Hong Kong
Hong Kong juga mengahadapi cabaran yang sama seperti banyak negara perindustrian, di mana mereka kekurangan golongan muda untuk mengantikan rakyat yang semakin tua. Populasi semakin berkurangan dan pertumbuhan ekonomi semakin perlahan.
Pada tahun 2013, negara tersebut mencadangkan pemberian wang tunai kepada pasangan bagi mengalakkan pertambahan anak.
9. Sepanyol
Kadar kesuburan penduduk di Sepanyol semakin merosot dan jumlah orang yang menganggur semakin tinggi. Sepanyol duduk di tangga kedua tertinggi paling ramai penganggur di Eropah.
Bagi mengatasi masalah ketidaksuburan, Perdana Menteri Edelmira Barreira mengambil tugas mencari punca masalah tersebut dan mencari stretegi baru untuk mengatasinya sebagai tugasan pertama.
Menurut pakar, sebab utama kadar kelahiran menurun adalah disebabkan bekerja dalam tempoh yang panjang, makan lewat malam, dan tidur lewat.