
Beliau dipetik Bernama sebagai berkata, pampasan itu dibayar pada 31 Disember lalu.
Rabu lalu, seorang bekas pekerja SPAD yang hanya mahu dikenali Wan memberitahu FMT beliau bersama lebih 250 rakan sekerjanya masih menunggu penempatan semula ke agensi kerajaan lain.
Beliau mendakwa ada di kalangan rakan sekerjanya yang ditempatkan di agensi lain dengan skop kerja jauh berbeza daripada tugas asal mereka di SPAD, ada pula yang berdepan pemotongan gaji sehingga 60%.
Hari ini, Malaysiakini memetik Loke sebagai berkata, kira-kira 20% bekas pekerja SPAD belum menerima surat tawaran penempatan semula kerana masih menunggu kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Kira-kira 250 bekas pekerja SPAD dilaporkan meminta bantuan Cuepacs kerana belum mendapat tawaran penempatan semula seperti dijanjikan kerajaan sebelum ini.
Putrajaya mengumumkan pembubaran SPAD, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Majlis Profesor Negara (MPN) pada 23 Mei lalu.
Pada 16 Ogos lalu, Loke memberi jaminan kerajaan akan menjaga kebajikan kakitangan SPAD, termasuk memberi pampasan pemberhentian kerja.
Katanya, pembubaran SPAD dapat menjimatkan kos perbelanjaan mengurus sebanyak RM38.5 juta setahun.