
“Dalam tempoh tertentu. Saya tidak pernah berkata bahawa saya akan keluar esok,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih dalam satu mesyuarat Kabinet ketika disoal jika terdapat satu jadual bagi langkah pengunduran itu.
Trump menafikan laporan New York Times sebelum ini yang menyebut pihak ketenteraan AS diberikan masa kira-kira 4 bulan untuk mengundurkan 2,000 anggotanya dari negara yang terjejas akibat peperangan itu.
Pentadbiran Trump mengumumkan pada 19 Dis bahawa ia akan mula menghantar pulang tentera AS dari Syria selepas mendakwa mencapai kemenangan dalam perjuangan menentang Daesh.
Media AS memetik kenyataan para pegawai yang enggan dikenali AS merancang mengundurkan tenteranya secara pantas dan sepenuhnya dari Syria.
Trump sendiri minggu lepas dilihat seolah-olah menarik balik kata-kata beliau menerusi akaun Twitter, dan mendakwa AS secara “perlahan-lahan” mengundurkan tenteranya dari Syria.
Ketika ini terdapat lebih 2,000 tentera AS yang dihantar bertugas di Syria.