Gian merokok selepas makan? Ikuti 7 tip ini khas untuk perokok tegar

Gian merokok selepas makan? Ikuti 7 tip ini khas untuk perokok tegar

Elakkan makan makanan manis atau pedas di kedai kerana ia boleh mencetus keinginan untuk merokok selepas makan.

Topik yang hangat yang sedang diperkatakan di Malaysia ialah mengenai larangan merokok di restoran atau tempat makan.

Merokok selepas makan seolah menjadi ‘pasangan’ yang tidak boleh dipisahkan bagi kebanyakan perokok yang menggelar amalan tersebut sebagai gian. Umpama kalau tak merokok selepas makan, tak lengkaplah!

FMT Ohsem ada 7 petua kepada mereka sudah gian merokok selepas makan. Mungkin ia akan membantu anda menahan keinginan merokok selepas makan ketika di kedai makan. Tak perlulah cari 3 meter untuk lepas gian, sebaliknya belajarlah bertahan.

1. Selepas makan tarik nafas dan tenangkan fikiran jangan fikir hal merokok, ubah fikiran di luar untuk sedut udara bersih buat sementara.


2. Elak makan makanan manis atau pedas kerana ia boleh mencetus keinginan untuk merokok selepas makan.


3. Sebagai pengganti rokok, anda boleh menguyah kismis atau gula getah tanpa gula atau makan gula-gula.

4. Tarik dan hembuskan nafas anda sebanyak 10 kali. Pada hembusan nafas terakhir bayangkan anda sedang menghembuskan asap rokok.


5. Minum segelas air selepas makan, ini kerana air adalah baik untuk menenangkan keinginan merokok. Elakkan minuman seperti kopi atau alkohol yang akan buat anda ‘dahagakan’ rokok.


6. Ubah tabiat dalam diri anda, jika anda mahu merokok, ubah perasaan itu dengan bersiul sementara bagi menghilangkan keinginan ketika berada di luar khususnya restoran. Tapi ingat, jangan pula siul anda menggangu orang lain.


7. Makanan ringan yang berkhasiat bukan sahaja memastikan kandungan gula dalam darah stabil tetapi sihat untuk kesihatan dalam masa sama menghentikan keinginan untuk merokok. Selepas makan ambil makanan ringan seperti kekacang dan buah-buahan yang segar.


Kepada perokok ‘gian’ luar sana, harap petua di atas membantu anda untuk tidak merokok di kedai makan. Tabiat merokok bukan sahaja membuatkan individu merokok maut tetapi turut memberi kesan sama kepada orang awam di sekitar yang menyedut asap yang mengandungi kira-kira 4,000 bahan kimia beracun itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.