
Peguam Surendra Ananth, yang mewakili G25 berkata, mereka telah hantar surat baru-baru ini untuk menggesa kerajaan pertimbangkan semula penerbitan buku berjudul “Breaking The Silence: Voices of Moderation: Islam in a Constitutional Democracy”.
Mereka berkata, mereka menyedari kerajaan hari ini mahu menegakkan kebebasan bersuara.
Surendra berkata, peguam kanan persekutuan yang mewakili menteri dalam negeri ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah memaklumkan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan mereka perlukan masa untuk mempertimbangkan permintaan G25.
“Tarikh baru perbicaraan ditetapkan pada 31 Jan,” katanya.
Kerajaan lalu menyatakan, penerbitan buku tersebut mungkin prejudis terhadap ketenteraman awam dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
G25 mendakwa kerajaan tiada kuasa mengharamkan buku tersebut di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Buku berkenaan pertama kali diterbitkan pada Disember 2015
Ia membincangkan mengenai impak birokrasi Islam di Malaysia dan kawasannya dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Buku tersebut juga membincangkan dimensi sosio-politik dan implikasi ekonomi-budaya terhadap masyarakat Melayu.
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menulis kata pendahuluan buku berkenaan.