
Sebagai raja sehari, pasti mahu diraikan layak seperti namanya. Kebiasaannya pasangan menginginkan majlis perkahwinan yang meriah dan istimewa.
Namun dengan belanja kahwin yang semakin hari semakin mahal, mungkin majlis yang unik dan lebih ‘jimat kos’ boleh dijadikan alternatif.

Baru-baru ini, PDRM meraikan 20 pasangan pengantin di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur sekali gus menyempurnakan impian majlis dalam bajet berpatutan tetapi cukup meriah dan bersejarah.
Pasangan diijab kabul pada sebelah pagi sebelum majlis persandingan berlangsung secara besaran-besaran dengan kehadiran tetamu.
Paling menarik, pasangan ini dibawa ke tempat mereka bersanding menaiki bas Hop on Hop Off Kuala Lumpur yang turut diiringi oleh polis pengiring.
https://www.youtube.com/watch?v=RZF-qVRXGxQ&feature=youtu.be&fbclid=IwAR0CxbNlvBXJxjQcyaLffjlMMfkk9A-Mi_xp2tP_IRCuwVDmwxmi2QYtY7M