
Dalam satu kenyataan, peguam Liew, Ramkarpal Singh berkata, ia susulan 2 artikel yang dimuat naik ke Facebook Azwanddin serta laman web JMM.
Katanya, Azwanddin pada 30 Oktober lalu mendakwa Liew memakai seragam komunis di depan anggota tentera Melayu, manakala artikel di laman wed JMM pada 19 November lalu mendakwa Liew ialah ancaman kepada Kementerian Pertahanan.
Ramkarpal berkata, saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Disember lalu dan pengurusan kes itu ditetapkan pada 29 Januari depan.
Katanya, Liew menuntut ganti rugi berjumlah RM20 juta serta injunksi menghalang Azwanddin terus menyiarkan artikel serupa di masa depan.
Pada 26 Disember lalu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok menuntut Azwanddin memohon maaf dan membayar RM30 juta terhadap dakwaannya dalam perhimpunan menuntut keadilan bagi anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Klang pada Krismas lalu.
Beliau mendakwa menteri industri utama itu mempunyai kepentingan dalam pertikaian tanah membabitkan pemaju dan sebuah kuil Hindu di Subang Jaya, Selangor.
Azwanddin dibebaskan daripada reman semalam, selepas ditahan atas ugutan jenayah, termasuk ancaman menyerang balai polis, jika pemaju dalam isu penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, tidak ditahan.
Beliau turut menyerang P Waytha Moorthy dengan mencadangkan nama menteri di Jabatan Perdana Menteri itu ditukar kepada panggilan “p*r*a”.