8 maut bas terhumban dalam gaung di Mexico

8 maut bas terhumban dalam gaung di Mexico

8 maut manakala 48 lagi cedera apabila bas terhumban ke dalam gaung di negeri Guanajuato yang terletak di Mexico tengah.

Beberapa mangsa yang cedera dalam insiden bas jatuh gaung berada dalam keadaan serius. (Gambar AFP)
BANDARAYA MEXICO:
Sekurang-kurangnya 8 maut manakala 48 lagi cedera apabila sebuah bas terhumban ke dalam gaung pada Ahad di negeri Guanajuato yang terletak di Mexico tengah, lapor agensi berita China Xinhua.

Nahas itu berlaku di Lecon, menurut pihak berkuasa bandaraya dalam satu kenyataan.

“Malangnya, terdapat 8 mangsa yang terkorban setakat ini, termasuk pemandu bas,” kata mereka.

Dikeluarkan pada 2015, bas malang itu menjalani pemeriksaan mekanikal terkini, menurut biro transit bandaraya tersebut.

Beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan serius, kata Daniel Diaz, setiausaha kesihatan awam negeri kepada pemberita.

Antara mangsa yang cedera parah adalah seorang wanita hamil yang kandungannya berusia 35 minggu, kata Diaz.

Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca nahas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.