
Dalam satu kenyataan semalam, Petronas berkata, MGD adalah subsidiari syarikat minyak penerokaan dan pengeluaran LCC Oman (OOCEP).
Katanya, penyelesaian transaksi itu dirasmikan pada majlis yang diadakan di Muscat, Oman selepas syarat transaksi dipenuhi.
“Berikutan pengambilalihan tersebut, PCOVL dan MGD memegang kepentingan masing-masing 10% dan 30% manakala BP Exploration Ltd sebagai pengendali 60% kepentingan.
“Pengambilalihan tersebut menandakan langkah penting dalam merealisasikan strategi pertumbuhan Petronas dalam sektor huluan di rantau ini dan di peringkat global ketika ia menyelaras aktivitinya bagi memastikan bekalan tenaga yang mampan,” tambahnya.